Jangan hairan jika pada masa hadapan , telefon bimbit tidak lagi dicas menggunakan sumber elektrik, sebaliknya diisi ulang menggunakan sisa air sirap atau minuman ringan. Ini kerana, psda masa kini , pencipta gajet sudah mula giat menari sumber baru sebagai penjana alat elektronik, dan salah satu pilihan utama elektrik adalah gula.
![]() |
| bukan sahaja sebagai sumber makanan tetapi sumber penjanaan kuasa eletrik |
Kaedah ini ditemui oleh seorabg penyelidik dari Saint Louis University, Missouri, Amerika Syarikat, Dr.Shelley Minteer yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektro kimia. Penciptaan ini bertujuan mencari altenatif baru bagi menjana elektrik selain daripada penggunaan tenaga nuklear dan solar. Walaupun kaedah ini pernah diperkenalkan sebelum ini, tetapi Minteer mendakwa bateri gula ciptaannya mampu bertahan lebih lama.
![]() |
| sumber tenaga solar |
![]() |
| tenaga nuklear |
Jelas Minteer, gula merupakan sumber tenaga yang wujud secara semula jadi di bumi. Bukan sahaja sumber makanan, tetapi gula juga boleh menghasilkan tenaga elektrik.
Bateri gula memerlukan enzim pencernaan gula dan mediator, yang mana salah satunya berupa vitamin K3 yang diletakkan pada anod dan katod. Reaksi kimia dibahagian anod akan menghasilkan ion hidrogen dan elektron pula akan mengalir ke kaki katod. Aliran elektron inilah yang menghasilkan elektrik.
Jelas Minteer lagi, lebih banyak sumber gula dalam sesuatu ceair, maka lebih banyyak elektrik yang akan dihasilkan. Justeru itu, penngunaan air berkarbonat adalah paling sesuai untuk bateri ini kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Dipetik daripada:
Majalah Infiniti, edisi ke-24(Mei 2011)




No comments:
Post a Comment