Beberapa bulan sudah, beberapa pekerja kontraktor yang membuat jalan di Bandar Taizhou China terkejut apabila mereka menjumpai sebuah kotak kayu yang berukuran enam kaki panjang dan lebar. Kotak kayu tersebut ditemui ketika para pekerja sedang menggali lubang untuk memasang konkrik bagi membina jalan raya. Selepas dibuka, sah, ia adaah karanda daripada tamadun silam.
Meskipun timbul tanda Tanya, milik siapakah karanda itu. Namun sesuatu yang mengejutkan dunia adalah, isi kandungannya tersimpan rapi tanpa reput da dipercayai wujud sejak Dinasti Ming yang memerintah China antara tahun 1368 hingga 1644.
Hasil pemerhatian mendapati, mayat mumia yang terdapat dalam keranda berkenaan milik seorang wanita dan yang paling menakjubkan , mumia tersebut masih elok walaupun sudah 700 tahun disemadi di wilayah Jiangsu ini,
Menurut beberapa pengkaji, penemuan berkenaan cukup sempurna. Mumia out seolah-olah baru sahaja disemadikan. Pemerhatan kasar , mendapati mumia berkenaan masih lengkap berpakaian dan pakaiannya juga terpelihara dengan baik termasuklah kasutnya. Dipercayai munia wanita itu adalah daripada golongan bangsawan dan merupakan individu penting dalam Dinasti Ming.
Selepas berita penemuan itu tersebar keseluruh China, beberapa ahli arkeologi daripada Muzium Taizhou memulakan usaha ekskavasi untuk mencari artifak-artifak kecil yang masih bersemadi bersama mumia ini. Mereka percaya, penemuan ini boleh membuka misteri identitiwanita yang bersemadi itu. Hasil pemeriksaan rambang mendapati, baju yang dipakai oleh mumia ini diperbuat daripada sutera kapas. Cincin bertatah batu permta itu menunjukkan` ia seorang yang berkuasa dan cincin berkenaan sanggat tnggi nilainya.
Menurut ahli arkeologi yang melakukan ekskavasi ini, penemuan mumia itu memang yang pertama di wilayah berkenaan. Dipercayai, berkemungkinan tidak jauh dari kawasan penemuan itu akan ada lagi dua kuburan kecil. Lazimnya, apabila sesuatu mumia yang berusia seperti ini ditemui, akan ada lagi kuburan lain disampingnya. Ini semua berdasarkan status dan kedudukan seseorang itu semsa disemadikan.
![]() |
| seorang pekerja pembinaan sedang membuka keranda yang berusia 700 tahun ini |
![]() |
| rupa bentuk mumia 700 tahun |
![]() |
| cincin ini bukti penting sejarah Dinasti Ming |
Bagaimanapun, sehingga kini, siapakah wanita berkenaan dan bagaimana pula dia boleh disemadikan di kawasan itu masih lagi menjadi tanda Tanya…




No comments:
Post a Comment