Tuesday, 7 June 2011

KELIRU

Keliru...
Ada satu perasaan asing menyelinap dalam hati...
Padahal mereka hanyalah bergelar sahabat..
Dan tidak pernah terdetik bahawa mereka adalah lebih daripada itu...
Tetapi kenapa apabila ada yang cuba menghampiri mereka...
Perasaan ini pastinya wujud...


Lantas... terfikir sejenak..
kata-kata seorang yang sering memahami jiwa seorang anak...
Kata ibu...
Sayang dan Cinta adalah berbeza..
Sayang....
Sukar untuk aku jelaskan apa yang beliau katakan...
Tapi yang pasti jika kita mempunyai seorang sahabat...
Kita mempunyai satu perasaan yang mana kita mahukan apa yang dia miliki haruslah lebih baik daripada kita, yang dapat memahaminya dan juga yang sesuai dengan dirinya..


Tetapi Cinta...
Satu perasaan yang cukup istimewa....
Dia lah raja segala perasaan...
Dan juga susah untuk memilikinya dan mengenalinya...
Dengan kata erti sebenar...
Cinta yang tulus...
Cinta yang suci...
Cinta yang 'bisa' membawa ke alam yang indah lagi mendamaikan...
juga Cinta yang kekal selamanya...
Hanya satu cara sahaja untuk memiliki semua itu...
iaitu setelah kita mengenali CINTA pada YANG ESA...


Mungkin perasaan asing itu adalah perasaan sayang...
Sayang terhadap sahabat...


Wahai sahabat-sahabat ku sekalian...
Aku mahu kalian semua menjadi insan yang sentiasa diredhai-Nya..
Juga, menjadi yang lebih baik daripada aku..
Tidak lebih daripada itu..
Itu sahaja...


Wassalam...

No comments:

Post a Comment